PASUKAN KHAS STAGG/STAFOC DIGANTIKAN DENGAN BAHAGIAN D14 PDRM?

Rakyat Malaysia sedia maklum dengan kes dua pegawai kanan Pasukan STAGG PDRM iaitu ACP Ibrahim Darus dan ASP Suhaimi yang ditangkap oleh SPRM kerana disyaki menerima wang perlindungan bulanan untuk melindungi sindiket judi/maksiat. Susulan tangkapan tersebut, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jun 2018 telah menyatakan bahawa pasukan elit PDRM iaitu STAGG/STAFOC akan dibubarkan sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula PDRM.

Ketua Polis Negara TS Fuzi Harun juga telah menyatakan bahawa pasukan khas yang akan dibubarkan pula tidak akan digantikan semula dengan pasukan lain. Tetapi apa yang kita lihat sejak kebelakangan ini adalag ramai pegawai kanan polis dari Pasukan STAGG/STAFOC ditukarkan ke sebuah cawangan yang kita tidak pernah dengar selama ini, iaitu Bahagian D14 Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM.

Carian dalam website www.rmp.gov.my

Carian dalam website PDRM iaitu www.rmp.gov.my pula hanya menyenaraikan D1-D13, STAGG dan STAFOC sebagai bahagian-bahagian dibawah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ). Jika STAGG/STAFOC dibubarkan maka hanya tinggal Bahagian D1-D13 dibawah JSJ PDRM tetapi kenapa tiba-tiba boleh ada D14? Jadi Bahagian D14 ini adalah satu Bahagian baru ditubuhkan dibawah JSJ menggantikan Pasukan STAGG/STAFOC?

IGP Fuzi Harun habiskan puluhan ribu ringgit pergi “lawatan belajar” di Turki tapi aktiviti judi/maksiat masih tidak dapat dihapuskan juga. Kini tubuhkan Bahagian baru kononnya untuk hapuskan Jenayah Terancang?

Mengapa Raja Judi Malaysia Dato’ Sri Peter @ Hee Ming Sing belum ditangkap?

Ada D7, STAGG, STAFOC tapi masih tidak dapat tangkap suami Pn. Indira Gandhi, pembunuh Dr. Fadi Albash yang maut ditembak dan banyak lagi jenayah berat belum dapat diselesaikan lagi, kenapa?

Klick link dibawah untuk senarai penuh arahan pertukaran pegawai kanan PDRM yang ditandatangini oleh IGP Fuzi Harun sendiri.

20190419000831-1.pdf

Adakah Bahagian D14 baru ini ditubuhkan untuk meletakkan pegawai-pegawai yang rapat dengan IGP Fuzi Harun untuk “hidup” sebelum berpencen awal Mei 2019? Kenapa pula pegawai-pegawai dari Pasukan STAGG dan STAFOC ini tidak dihantar ke Bahagian lain yang memerlukan tenaga kerja seperti JIPS dan JPJKK?

Biasanya seseorang IGP yang bakal bersara akan mengadakan lawatan ke setiap Kontinjen untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada warga Kontinjen tersebut sepanjang berkhidmat sebagai IGP. Tetapi, IGP Fuzi Harun pula membuat “lawatan belajar” ke Turki untuk belajar cara membanteras aktiviti judi dengan Pengarah Narkotik PDRM Mohamad Salleh dan sibuk mengeluarkan arahan (e-Siar) pertukaran pegawai-pegawai kanan PDRM ke Bahagian D14 JSJ?

Fight Injustice Everywhere

Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan

Leave a Reply