ADAKAH ACRYL SANI MAMPU MENJADI IGP YANG BERTARING?

DS Acryl Sani KPN Ke-13?

IGP KONTRAK Hamid Bador dikatakan bakal bersara (tamat kontrak) pada 3 Mei 2021 dan secara tradisi KPN seterusnya adalah Timbalan Ketua Polis Negara iaitu DS Acryl Sani Abdullah Sani.

Jika DS Acryl Sani dilantik sebagai KPN baharu PDRM, ianya bakal menjadi perjalanan yang amat mencabar baginya kerana banyak isu dalaman yang perlu diselesaikan segera. Sebelum ini, IGP KONTRAK Hamid Bador banyak mendedahkan masalah dalaman seperti penglibatan pegawai-pegawai kanan polis dengan sindiket judi, maksiat, dadah dan MACAU SCAM dan adalah menjadi tugas IGP baharu untuk bersihkan semua ini.

Tetapi DS Acryl Sani sepatutnya bersara wajib pada Oktober 2021 jadi persoalannya adakah beliau mampu “bersihkan” semua masalah ini dalam tempoh 5 bulan sahaja? Bagi saya jawapannya adalah tidak.

Jadi beliau perlu disambung secara kontrak kalau kita mahu lihat “pembersihan” secara besar-besaran ini dilakukan tetapi adalah terlalu awal (premature) untuk bincang soal kontrak buat masa ini kerana tempoh 5 bulan akan datang adalah “tempoh percubaan” atau “probationary period” bagi beliau dan jika beliau lakukan semua dengan cemerlang sudah tentunya rakyat Malaysia sendiri akan minta supaya beliau disambung secara kontrak.

Jika tidak, DS Acryl Sani akan menjadi IGP paling singkat dalam sejarah PDRM.

Rakyat mahu seorang IGP yang kurang bercakap tetapi tegas dalam tugasnya & mampu bersihkan segala elemen jahat di dalam masyarakat manakala PDRM pula perlukan seorang IGP yang menjaga kebajikan anak buah dan mempunyai “command and control”.

Apapun, tempoh 5 bulan akan datang adalah tempoh paling kritikal dan mencabar bagi DS Acryl Sani sekiranya beliau dilantik sebagai IGP ke-13 Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Saya percaya dengan pengalaman selama 35 tahun dalam PDRM, DS Acryl Sani mampu mengemudi PDRM dengan baik dan bijak. Ingat, rakyat Malaysia sedang/akan sentiasa memperhati dan menilai setiap tindakan IGP baharu.

“Fight Injustice Everywhere”

Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan

Leave a Reply