SKANDAL MAIKA HOLDINGS – SIAPA BALUN WANG JUTAAN RINGGIT MILIK ORANG MISKIN?

Golongan anak muda di zaman sekarang jika disebut skandal 1MDB pasti ramai yang kenal dan tahu kisah di sebaliknya. Tetapi tahukah anda lama dahulu sekitar 30 tahun lalu sudah ada skandal yang lebih dasyat kerana ianya melibatkan wang milik lebih 66,000 masyarakat miskin. Skandal yang dimaksudkan ialah skandal Maika Holdings.

Maika Holdings merupakan sebuah syarikat pelaburan yang ditubuhkan awal 1980-an dan matlamat utamanya ialah untuk membantu masyarakat India di negara ini keluar dari kepompong kemiskinan. Syarikat ini ditubuhkan oleh MIC hasil daripada idea Presidennya ketika itu, Samy Vellu.

Syarikat ini mendapat kepercayaan masyarakat India ketika itu kerana difikirkan ianya dapat membantu mereka memperolehi masa depan yang lebih cerah. Oleh yang demikian, pelabur (masyarakat India) mula mengeluarkan simpanan mereka yang datang dari hasil penat lelah bekerja untuk melabur di Maika Holdings kerana mereka percaya syarikat ini akan mendapat keuntungan yang besar.

Pada tahun 1981, Maika Holdinga berjaya mengumpul lebih RM108 juta dari lebih 66,000 pelabur yang hampir kesemuanya adalah masyarakat India kelas pekerja dan berpendapatan rendah. RM108 juta pada tahun 1981 adalah suatu jumlah yang amat besar.

Samy Vellu memberi jaminan setiap RM1 yang dilaburkan akan dibayar sebanyak RM1.30 dalam masa 100 hari dari tarikh mereka melabur.

Pada tahun 1990 pula, Maika Holdings dilaporkan mahu membeli saham Telekom sebanyak 10 juta unit tetapi akhirnya dilaporkan hanya 1 juta unit saham sahaja yang dibeli. Seribu alasan diberikan oleh Samy Vellu berkenaan isu pembelian saham ini.

Dipercayai akibat berlaku terlalu banyak salahguna kuasa dan ketirisan wang maka ramai lagi pelabur masih belum menerima apa-apa keuntungan dari wang yang mereka laburkan sehingga ke hari ini? Padahal wang pelaburan mereka itu mereka perolehi dari meminjam dengan bank, ceti, menjual rumah, menjual tanah, menjual barangan kemas dan sebagainya. Derita ini mereka tanggung sehingga ke hari ini.

Skandal Maika Holdings disembunyikan sehingga ke hari ini kerana pada ketika itu Samy Vellu adalah suatu nama besar yang tidak berani disentuh oleh mana-mana pihak. Setiap laporan polis yang dibuat oleh pelabur juga tidak mendatangkan apa-apa kesan malahan individu yang berani bersuara akan diganggu dan dipukul oleh samseng. Ini menyebabkan kisah Maika Holdings senyap begitu sahaja.

Dengan tumbangnya Kerajaan Barisan Nasional dalam PRU-14 lalu, maka ribuan pelabur Maika Holdings itu tadi mahukan pembelaan kepada nasib mereka. Kebanyakan pelabur yang dulunya miskin, kini masih di dalam kepompong kemiskinan malah nasib kini lebih teruk lagi kerana menanggung hutang lama.

Pendedahan oleh Sarawak Report mengenai duit Maika Holdings yang disalurkan kepada syarikat berkaitan Vell Paari

Pada minggu ini, SPRM telah menyerbu sebuah syarikat pembubar (liquidator) yang mempunyai kaitan dengan Maika Holdings dan pelbagai dokumen telah dirampas. Syabas diucapkan kepada SPRM yang sedang cuba untuk menyiasat kes ini susulan laporan dari Sarawak Report yang mendakwa telah berlaku pembayaran sebanyak RM1.6 juta oleh Maika Holdings kepada bekas CEO nya iaitu S. Vell Pari antara tahun 2003 hingga 2009 sebelum Maika Holdings.

Rakyat Malaysia menggesa kerajaan PH menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja supaya dapat menyiasat skandal Maika Holdings semaksimum yang mungkin agar keadilan dapat ditegakkan dan pesalah dihukum dengan seberat-berat hukuman kerana telah menganiaya orang miskin.

Fight Injustice Everywhere

Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan

Leave a Reply