BERLIAN US$20 JUTA YANG MENJADI MISTERI

Pada tahun 1989, terdapat lebih dari 200,000 warga Thailand bekerja di Arab Saudi sebagai pembantu rumah dan juga pekerja pembersihan, tidak terkecuali seorang lelaki bernama Kriangkrai Techamong.

Kriangkrai hanyalah seorang lelaki biasa seperti juga orang lain yang bekerja di Arab Saudi tetapi kelebihannya ialah majikan beliau ialah Putera Faisal yang merupakan anak lelaki King Fahd, pemerintah Saudi pada ketika itu. Sebagai seorang pekerja pembersihan istana, Kriangkrai diberi akses untuk masuk ke setiap bilik untuk melakukan tugas hakikinya termasuklah bilik yang menyimpan barangan berharga milik keluarga Putera Faisal.

Mungkin kerana sering melihat barangan kemas dan barangan peribadi milik Putera Faisal menjadikan Kriangkrai gelap mata dan memasang angan-angan untuk memilikinya.

Sudah menjadi kebiasaan apabila keluarga Diraja bercuti ke luar negara ia akan mengambil masa berbulan-bulan dan membawa bersama sebahagian pekerja istana. Saat inilah yang dinantikan Kriangkrai untuk mencuri barangan berharga yang dihajatinya.

Apabila hari yang dinanti telah tiba, beliau memasuki bilik tersebut pada lewat malam setelah semua pekerja istana pulang. Waktu ini beliau sedar risiko yang bakal dihadapi jika tertangkap. Boleh jadi beliau akan dipancung, atau sekurangnya hukuman penjara seumur hidup. Tetapi kesusahan hidup di negara asal menjadikan beliau nekad untuk “menikmati” sebahagian barangan berharga tersebut.

Kriangkrai telah mengambil sejumlah 90 kg barangan berharga antaranya emas, jam tangan, permata, dan juga batu berlian biru 50 karat yang dilaporkan berharga USD $20 juta. Kesemua barangan curi tersebut dilekatkan pada badan dan disembunyikan di dalam vakum yang dibawa bersama.

Keesokannya beliau menyembunyikan barangan tersebut di sekeliling istana, di tempat yang beliau rasakan tidak dapat ditemui oleh sesiapapun. Secara beransur-ansur beliau mengepos barangan curi tersebut ke kampung halamannya di Lampang, wilayah utara Thailand. Bagi mengelak kes curinya terbongkar, beliau bertindak merasuah pegawai kastam, serta meletak nota “Bahan pornografi ini tidak perlu diperiksa”. Sebelum majikannya pulang dari bercuti, Kriangkrai terlebih dahulu berhenti kerja dan pulang ke Thailand.

Ketika berada di Thailand, beliau telah menjual sebahagian barangan curi tersebut pada harga yang jauh lebih murah kepada beberapa kedai emas antaranya kepada seorang tukang emas yang dikenali sebagai Santhi.

Selepas keluarga Diraja Saudi pulang dari bercuti, mereka mula menyedari barangan berharga mereka telah dicuri dan suspek utamanya tentulah Kriangkrai kerana hanya dia seorang yang berhenti kerja dan pulang ke negara asal. Kes ini dilaporkan segera ke pihak berkuasa Thailand.

Pada Januari 1990, pihak berkuasa Thailand berjaya memberkas Kriangkrai dan beliau dijatuhi hukuman 3 tahun penjara. Namun cerita ini tidak habis di sini kerana setelah itu isunya menjadi lebih besar termasuk insiden pembunuhan.

Leftenan Jeneral Chalor, polis yang mengetuai kes ini seterusnya berjaya menjejaki Santhi (tukang emas) dan dengan segera mengumumkan yang sebahagian barang yang dicuri telah dijumpai. Walaupun hebahan telah di lakukan, Arab Saudi tetap juga menghantar 3 orang wakil kerajaan dan seorang ahli perniagaan yang juga keluarga diraja iaitu Mohammad al-Ruwail ke Bangkok bagi menyiasat kes ini.

Pada Februari 1990, kesemua 3 wakil kerajaan Arab Saudi telah ditemui mati di Bangkok, manakala al-Ruwail pula diculik dan dia tidak pernah ditemukan lagi selepas itu. Di percayai al-Ruwail turut dibunuh dan jasadnya dilupuskan.

Kes pembunuhan ini masih belum terungkai sehingga kini walaupun ada pendapat yang menyatakan kematian mereka ada hubungkait dengan persengketaan antara Arab dan Hizbullah.

Namun bagi Mohammed Said Khoja, seorang lagi wakil Kerajaan Saudi yang kemudiannya telah pergi ke Bangkok, beliau percaya yang polis Thailand telah mencuri perhiasan tersebut dan kemudiannya membunuh 3 wakil Kerajaan dan al-Ruwail bagi menutup penyelewengan mereka.

Sebulan selepas pembunuhan itu berlaku, pihak berkuasa Thailand telah memulangkan sebahagian besar barangan berharga yang dicuri Kriangkrai kecuali berlian biru $20 juta yang dilaporkan masih gagal ditemui. Namun, tidak lama selepas itu, pihak Arab Saudi dapat mengenalpasti yang sebahagian besar barangan berharga yang dipulangkan itu adalah palsu.

Pada tahun 1994, tukang emas, Santhi, telah diculik, manakala isteri dan anak Santhi pula kemudiannya di temui mati di dalam kenderaan mereka di luar Bangkok. Ahli forensik Thailand selepas itu mengesahkan yang kematian mereka adalah akibat kemalangan.

Sekali lagi Said Khoja menyangkal dakwaan ini. Katanya, “Mereka ingat kami bodoh. Ini bukan kemalangan sebaliknya rencana untuk menutup kesalahan mereka.”

Dipercayai polis yang terlibat dalam kes siasatan berlian biru $20 juta ini telah menggelapkan beberapa barangan berharga tersebut, serta memeras ugut Santhi supaya Santhi menunjukkan kepada mereka di mana berlian biru tersebut.

Pada tahun 1995, Ketua Polis yang bertanggungjawab dalam kes ini iaitu Leftenan Jeneral Chalor dibawa ke muka pengadilan atas pertuduhan menculik Santhi dan membunuh isteri dan anaknya. Chalor dikenakan hukuman penjara seumur hidup namun beliau akhirnya dibebaskan setelah mendapat pengampunan Diraja Thailand.

Sejak dari kes itu hubungan dua hala Saudi dan Thailand menjadi retak. Saudi turun mengumumkan mereka akan menghentikan secara berperingkat pemberian visa pekerja kepada Thailand. Dari 200,000 pekerja Thai pada 1989, angka jatuh menjadi hanya 10,000 sahaja rakyat Thai yang bekerja di Saudi.

Sehingga ke hari ini, kes masih menjadi misteri siapakah yang sebenarnya memiliki berlian berharga $20 juta yang menjadi punca segala-galanya.

“Fight Injustice Everywhere”

Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan

147 thoughts on “BERLIAN US$20 JUTA YANG MENJADI MISTERI

  1. Good – I should definitely pronounce, impressed with your web site. I had no trouble navigating through all the tabs as well as related information ended up being truly easy to do to access. I recently found what I hoped for before you know it at all. Reasonably unusual. Is likely to appreciate it for those who add forums or something, web site theme . a tones way for your client to communicate. Nice task.

  2. I discovered your blog site on google and check a few of your early posts. Continue to keep up the very good operate. I just additional up your RSS feed to my MSN News Reader. Seeking forward to reading more from you later on!…

  3. obviously like your web site however you need to check the spelling on several of your posts. Several of them are rife with spelling issues and I find it very bothersome to inform the truth then again I will certainly come back again.

  4. I like the valuable information you supply on your articles. I’ll bookmark your weblog and take a look at once more right here frequently. I’m slightly sure I will be informed plenty of new stuff right here! Best of luck for the next!

  5. I’ve been surfing online greater than 3 hours these days, yet I never discovered any fascinating article like yours. It is lovely value sufficient for me. Personally, if all site owners and bloggers made excellent content as you did, the internet will probably be much more helpful than ever before.

Leave a Reply