D7 DAN STAGG PDRM DIBAYAR BULANAN UNTUK APA?

9 bulan sudah berlalu, janji tinggal janji kosong!

2 Jun 2018:

ACP Ibrahim Darus dan ASP Suhaimi dari Pasukan STAGG Bukit Aman “diangkut” oleh SPRM. Ratusan ribu ringgit dan beberapa kenderaan mewah turut dirampas oleh pihak SPRM.

26 Jun 2018

Menteri Dalam Negeri TS Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa STAGG akan dibubarkan.

9 bulan telah berlalu namun janji tinggal janji kosong, STAGG masih menjalankan serbuan/operasi di kebanyakkan tempat.

Yang paling pelik, walaupun serbuan/operasi dijalankan namun premis-premis JUDI/MAKSIAT masih beroperasi seperti biasa diseluruh negara. Bagaimana?

Raja Judi Malaysia Dato Sri Peter @ Hee

Kalau Pasukan STAGG ini bertaring kenapa Raja Judi Malaysia Dato Sri Peter ini masih tidak ditangkap hingga hari ini? Sindiket Peter sudah menguasau aktiviti judi diseluruh negara, malah kini sudah ada satu lagi sindiket bernama Ali Baba yang beroperasi di Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Johor.

“Lawatan belajar” di Turki yang dikatakan ditaja oleh syarikat JUDI

KPN Fuzi Harun dan pegawai-pegawai “pilihannya” ditaja untuk ke Turki untuk “lawatan belajar” mengenai judi tapi apa gunanya jika Raja Judi Malaysia masih bebas menjalankan aktiviti judinya tanpa rasa takut kepada polis dan undang-undang?

Adakah pegawai-pegawai D7 dan STAGG dibayar bulanan untuk tutup mata dengan segala aktiviti haram yang dijalankan oleh Dato Sri Peter ini?

Fight Injustice Everywhere”

Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan

Leave a Reply