DISEBALIK KEKECOHAN DAN KEGANASAN DI DALAM KUIL SRI MAHA MARIAMMAN SEAFIELD

Rakyat Malaysia sedia maklum berhubung insiden pencerobohan dan keganasan yang terjadi di Kuil Sri Maha Mariamman Seafield pada awal pagi 26hb November 2018. Ada pihak yang telah menuduh bahawa pihak polis telah mengambil masa yang panjang untuk sampai ke tempat kejadian dan cara polis mengendalikan insiden itu turut dikecam netizen.

Pada jam lebih kurang 10pagi Ketua Polis Selangor Dato’ Sri Mazlan Mansor telah membuat satu sidang media untuk menjelaskan isu ini dan satu lagi sidang media oleh KPN Fuzi Harun diadakan pada sebelah malam. Namun sebelum PC pertama, pihak Polis IPD Subang Jaya telah memuatnaik satu status dalam laman Facebook mereka bahawa “pergaduhan antara dua kumpulan bangsa India telah berlaku di dalam kawasan Kuil Sri Mariamman, USJ 25” dan terang sekali maklumat yang disampaikan ini adalah PALSU sama sekali.

 

 

Kenapa hingga kini KPN Fuzi Harun masih belum memohon maaf kepada masyarakat kaum India di negara ini atas kesilapan yang dibuat oleh anak buahnya?

Perkara yang dapat saya kesan antara 2 sidang media oleh KPN Fuzi Harun dan KP Selangor Mazlan Mansor adalah seperti berikut,

1. KP Selangor pada awalnya telah mengatakan bahawa TIADA mana-mana anggota polis yang cedera dalam kekecohan tersebut tetapi pada sebelah malam KPN Fuzi Harun pula kata seorang anggota polis telah diserang hingga patah tangan dan sedang dirawat di hospital.

https://www.srisanjeevan.com/wp-content/uploads/2018/11/img_2103.trim_.mov

2. Saksi-saksi ditempat kejadian kata lebih daripada 100 individu yang datang menyerang mereka di Kuil tersebut namun KPN Fuzi Harun pula kata hanya lebih kurang 50 saspek terlibat dalam kekecohan tersebut.

3. KPN Fuzi harun dalam sidang medianya telah mengatakan bahawa beliau ada kronologi dan rekod insiden yang menunjukkan pihak polis telah sampai lebih awal tetapi bagaimana video-video live di Facebook dan rakaman lain oleh saksi-saksi di tempat kejadian menunjukkan sebaliknya?

4. KPN Fuzi Harun ada juga menyebut bahawa tidak ada sebarang tembakkan dilepaskan dalam insiden tersebut. Jika ada anggota polis diserang hingga patah tangan dan kenderaan PDRM diserang kenapa masih tidak lepaskan tembakkan untuk memberi amaran kepada penyerang? Adakah ini SOP (IGSO) pihak Polis Diraja Malaysia?

Dalam perkembangan lain, tahukah anda bahawa dalam satu Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Selangor pada 8hb Ogos 2001 telahpun diluluskan untuk mengekalkan Kuil Sri Maha Mariamman Seafield (HICOM) di tapak lamanya.

Kuil berusia lebih 100 tahun ini sepatutnya diwartakan dan dipelihara dibawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. Namun, kenapa tapak kuil ini kini boleh bertukar ke tangan syarikat pemaju? Siapa dalang disebalik semua ini?

 

“Fight Injustice Everywhere”

Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan

Leave a Reply