JANGAN HUKUM POLIS YANG MENJALANKAN TUGAS

https://www.hmetro.com.my/utama/2020/04/562366/video-polis-tinggi-suara-siasat-semua-pihak

Sejak semalam sebuah klip video dimana seorang individu berbangsa Cina meninggikan nada suara kepada anggota polis ketika ditanya soalan dan kemudian dia dimarahi oleh seorang anggota polis dengan nada yang marah telah tular di media sosial.

Hari ini saya ternampak artikel media dalam MyMetro Online – https://www.hmetro.com.my/utama/2020/04/562366/video-polis-tinggi-suara-siasat-semua-pihak – bahawa anggota polis berkenaan akan disiasat. Saya dengan rendah diri memohon Ketua Polis Negara, Ketua Polis Selangor dan Ketua Polis Daerah Serdang supaya jangan ambil sebarang tindakan terhadap anggota ini kerana video tersebut amat jelas bahawa bukan anggota itu yang memulakan “provokasi” tersebut sebaliknya beliau hanya menasihati individu tersebut dengan nada tinggi.

Rakaman video di tempat kejadian yang ditularkan

Ketika sedang kita berperang dengan Covid19 ini, ramai yang masih ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan adalah kita masih mahu polis berlembut dengan mereka ini? Bagi saya tindakan individu dalam video itu yang meninggikan suara kepada pihak polis adalah kurang sopan dan tidak beradab sekali.

Jika kita lihat Seksyen 11 (4) – Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 adalah amat jelas bahawa ianya sah untuk seseorang pegawai menggunakan kekerasan untuk memastikan sebarang langkah pencegahan/pengawalan penyakit berjangkit itu – PKP adalah salah satu langkah pencegahan/kawalan dalam isu ini. Tapi dalam isu video tular ini, anggota tersebut bukannya menggunakan kekerasan tapi hanya menasihati individu tersebut dengan nada tinggi.

Seksyen 11 (4) Akta Pecegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988

Saya juga ingin menasihati netizen supaya jangan jadikan kes ini sebagai suatu isu perkauman dan jangan lah membuat sebarang spekulasi. Sila ikut arahan kerajaan sepanjang tempoh PKP ini dan hormati Petugas Barisan Hadapan (frontlineheroes) – mereka juga manusia yang mempunyai emosi dan keluarga.

“Fight Injustice Everywhere”

Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan

Leave a Reply