JIM BERJAYA LUMPUHKAN SINDIKET ONLINE SCAM TERBESAR KERANA PDRM GAGAL MELIHAT “GAJAH” DI DEPAN MATA

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ke sebuah Ibu Pejabat sindiket “online scam” di Cyberjaya. Adalah dipercayai ini merupakan rangkaian “online scam” yang terbesar di negara kita dengan seramai 1000 warga China telah ditahan oleh JIM.

Apa yang menghairankan ialah sindiket ini telah beroperasi sejak sekian lama di kawasan elit Cyberjaya. Mereka tidak menyorok di dalam hutan terpencil atau di kawasan kilang terbiar, sebaliknya menyewa sebuah bangunan yang dijadikan Ibu Pejabat. Tetapi PDRM khususnya D7, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial & Cawangan Khas gagal menghidu aktiviti haram ini.

Apabila skuad elit PDRM gagal berfungsi dengan baik seperti kes ini maka ini adalah malapetaka buat kita sebagai rakyat. Mujur atas kecekapan JIM mereka dapat melumpuhkan sindiket “online scam” yang mempunyai hubung kait dengan rangkaian Macau Scam yang telah bertapak sekian lama di Malaysia.

Jika “gajah” di depan mata seperti inipun gagal dikesan oleh PDRM maka tidak hairanlah Jho Low masih bebas sehingga ke hari ini. Sehingga Ketua Polis Negara “diperbodohkan” oleh negara yang melindungi Jho Low dengan mengatakan Jho Low berjalan menyerupai beruang.

Kepada Pengarah JSJ, Pengarah JSJK, KPP D7 dan juga Pengarah Cawangan Khas lebih baik anda meletakkan jawatan kerana anda telah gagal memikul amanah yang diberikan.

“Fight Injustice Everywhere”

Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan

Leave a Reply