KAEDAH TERBAIK MEMBENDUNG ISU RASUAH DI DALAM PDRM

Sejarah sudah membuktikan kemusnahan sesuatu bangsa atau negara berpunca daripada kerendahan akhlak pentadbir dan penguasa itu sendiri.

Tidak perlu melihat jauh, lihat sahaja kejatuhan Kerajaan Melaka selepas kematian Tun Perak. Antara lain disebabkan oleh kemerosotan akhlak pegawainya yang korup, mementingkan diri, mengejar kemewahan, memperagakan kekayaan, sombong, serta mengabaikan amanah terhadap rakyat. Akhirnya, Melaka jatuh ke tangan Portugis.

Di dalam institusi PDRM, persepsi negatif yang bermain di fikiran rakyat ialah rasuah atau korupsi yang gagal dibendung oleh kepimpinan PDRM sejak sekian lama biar siapapun yang menjawat jawatan Ketua Polis Negara.

Untuk memperkasakan semula PDRM dan membuang jauh imej rasuah tersebut, saya mencadangkan agar jawatan Ketua Polis Negara dihadkan selama 2 tahun. Manakala jawatan Ketua-Ketua Polis Daerah sewajarnya digilirkan juga selama 2 tahun.

Untuk jawatan KPN, selepas 2 tahun haruslah dilantik lain KPN yang baru. Untuk jawatan KPD pula, selepas 2 tahun KPD tersebut haruslah dipindahkan ke daerah yang lain pula.

Apa tujuannya? Kaedah sebegini mampu mengelakkan rasuah dan salahguna kuasa berlaku kerana individu yang dilantik tidak berada lama di kerusinya. Tambahan lagi, sudah pasti individu yang baru dilantik tersebut mahu membuktikan keupayaan dirinya setelah dilantik.

Kaedah ini bukanlah sesuatu yang ganjil kerana Perdana Menteri sendiri telah mengusulkan bahawa jawatan PM dan Menteri Besar atau Ketua Menteri akan dihadkan selama 2 penggal sahaja.

Fight Injustice Everywhere

Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan

Leave a Reply