KENAPA KONTRAK PENGARAH CAWANGAN KHAS PERLU DISAMBUNG?

Selepas Pakatan Harapan memenangi PRU14 banyak perubahan berlaku dalam PDRM, mereka yang sudah bersara wajib diambil semula dengan kontrak. Antaranya yang dilantik adalah Pengarah Cawangan Khas PDRM iaitu Mohamed Farid Abu Hassan. Dipercayai bahawa Mohamed Farid dan IGP Hamid Bador diambil semula untuk selesaikan kes 1MDB dan beberapa kes berprofil tinggi pada ketika itu.

2 tahun telah berlalu semua kes sudah dituduh, kerajaan PH pun sudah tukar jadi apa relevan dan logik untuk sambung kontrak Pengarah SB ini yang dipercayai akan tamat Jun 2020?

Ramai lagi pegawai kanan dalam PDRM yang mempunyai pengalaman yang amat luas dalam Cawangan Khas yang masih belum bersara, kenapa tidak naikkan mereka sebagai Pengarah Cawangan Khas?

Sepanjang Mohamed Farid menjadi Pengarah SB apakah kejayaan luarbiasa yang telah dicapai? Jika ada kejayaan luarbiasa boleh lah justify kepada PM dan Menteri Dalam Negeri untuk sambung kontrak, tapi ada ke kejayaan sebegitu? Kes-kes penyeludupan rokok, arak dan lain-lain masih berleluasa, kes penjualan IC kepada warga asing kenapa SB tak cantas awal-awal lagi? Saya boleh berikan senarai panjang kes-kes dan sindiket yang masih beroperasi, Pengarah Cawangan Khas kenapa tidak risik dan tangkap semua ini?

Jabatan KDN/KA sedang lakukan buat kerja yang amat baik, mereka bongkar dan tangkap banyak sindiket penyeludupan diseluruh negara. Sindiket penyeludupan rokok/arak dilumpuhkan oleh mereka, ini bukan sahaja kurangkan jenayah malah mengurangkan masalah “tax evasion” kepada negara.

Saya harap kerajaan PN akan berikan peluang kepada pegawai yang masih belum bersara dan berkebolehan. Jika mereka yang sudah bersara masih diletakkan dalam jawatan-jawatan penting ianya akan “demotivate” pegawai-pegawai lain.

“Fight Injustice Everywhere”

Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan

2 thoughts on “KENAPA KONTRAK PENGARAH CAWANGAN KHAS PERLU DISAMBUNG?

  1. Pada pendapat saya, apa yg disebut

    “Kes-kes penyeludupan rokok, arak dan lain-lain masih berleluasa, kes penjualan IC kepada warga asing”

    Adalah urusan jabatan siasatan jenayah PDRM dan agensi2 lain kjaan BUKAN bidang kuasa cawangan khas PDRM

Leave a Reply