KENAPA PDRM DI BAWAH TAN SRI HAMID BADOR MASIH DILIHAT “TIDAK BERTARING”?

Sejak kebelakangan ini jika diperhatikan di dada akhbar mahupun kaca tv kebanyakan kes pembongkaran kewujudan pusat urut dan pusat judi haram semuanya dilakukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Juga sebagai contoh di Cyberjaya baru-baru ini yang mana sebuah sindiket penipuan internet terbesar di Malaysia yang didalangi warga China berjaya dibongkarkan oleh JIM, walhal kes sebesar ini sepatutnya dihidu lebih awal oleh PDRM.

Ini menimbulkan kemusykilan kepada kita di mana unit D7 yang begitu digeruni sebelum ini? Adakah unit ini sudah dibubarkan? Apa sudah jadi dengan unit risikan dan Cawangan Khas (SB) yang merupakan aset penting PDRM?

Di bawah kepimpinan IGP Tan Sri Hamid Bador, permulaannya cukup cantik. Seorang Pegawai Tinggi Polis yang dilihat berani menulis surat kerana tidak berpuas hati terhadap Perdana Menteri Najib Razak dalam isu siasatan 1MDB. Oleh kerana itu beliau dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri dan bersara ketika di dalam “peti sejuk”.

Pasca pertukaran kerajaan, beliau dipanggil kembali menerajui PDRM dan dilihat sebagai “superhero” yang akan menyelamatkan negara. Tetapi yang lucunya Jho Low pun gagal beliau bawa pulang walaupun pernah berjanji akan mengheret Jho Low ke Malaysia hujung 2019.

Kini selepas hampir 2 tahun duduk di kerusi nombor 1 PDRM, rakyat menilai Tan Sri Hamid masih gagal menjadikan PDRM sebuah institusi yang “bertaring”. Boleh jadi kerana PDRM dilihat lesu dalam membongkarkan jenayah hingga terpaksa seorang budak berumur 19 tahun menyarung uniform polis?

“Fight Injustice Everywhere”

Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan

Leave a Reply