KENAPA SAYA TAK PERCAYA CAKAP IGP KONTRAK HAMID BADOR? – PART 1

Saya tak kata IGP Hamid Bador ini seorang PENIPU, CAKAP KOSONG atau KAKI DRAMA tapi saya hanya cakap saya tak percaya cakap dia dan saya ada sebabnya.

Sejak dilantik menjadi IGP KONTRAK pada Mei 2019, segala kenaikan pangkat dan pertukaran dalam PDRM adalah dibawah kuasa IGP tetapi kamu pula kata ada “kartel” yang mendominasi pasukan dan merancang kenaikan pangkat antara sesama sendiri?

Adakah ini bermaksud kamu gagal mengawal pasukan sendiri sebagai IGP KONTRAK?

Kali pertama kamu kata wujud “kartel” dalam PDRM adalah Januari 2021 dan pada ketika itu kamu tak kata bahawa kartel ini cuba jatuhkan kamu tapi tiba-tiba 2 bulan sebelum tamat kontrak IGP kamu kata ada kartel yang mahu jatuhkan kamu, kenapa?

TS Hamid Bador, adakah kamu mahu minta sambung kontrak lagi sebagai IGP KONTRAK?

TS adakah kamu tahu apa maksud otak?

TS tahu apa fungsi otak?

TS tahu apa itu Perlembagaan Persekutuan & apa yang termaktub di dalam Fasal 4 dan 5 Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan?

Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan

Mengikut Fasal 4 dan 5 Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan, perlantikkan IGP dibuat oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong atas nasihat YAB Perdana Menteri dengan perakuan daripada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP), jadi memang mustahil mana-mana “kartel” boleh “jatuhkan” seorang IGP?

Jika benar ada “kartel” dalam PDRM yang mahu “jatuhkan” kamu ianya mungkin boleh dibuat hanya jika mereka mendedahkan penglibatan TS IGP KONTRAK dengan rasuah, salahlaku, salahguna kuasa atau TS sendiri amalkan kronisme dalam pasukan (jika ada). Ada ke TS?

Saya tak kata TS IGP KONTRAK ada terlibat salahlaku tapi saya hanya kata JIKA kamu ada membuat kesalahan dan orang lain boleh gunakannya untuk jatuhkan kamu.

Tapi kenapa TS perlu bimbang jika TS IGP KONTRAK tidak terlibat dengan apa-apa salahlaku atau rasuah?

Lebih-lebih lagi, Menteri Dalam Negeri DS Hamzah Zainuddin sendiri telah mengesahkan bahawa “kartel” dalam PDRM tidak wujud dan saya lebih percaya cakap MDN kalau dibandingkan dengan cakap TS IGP KONTRAK.

Apapun, saya ucapkan terima kasih kepada TS IGP KONTRAK Hamid Bador yang selama ini banyak keluarkan amaran, nasihat dan isytihar perang terhadap sindiket haram cuma saya tak tahu berapa ramai tauke-tauke judi yang berjaya kamu tangkap dalam masa 2 tahun ini?

Walaupun kamu BELUM BERJAYA membawa balik Jho Low, BELUM BERJAYA berkas pembunuh Adib, BELUM BERJAYA bawa balik suami Indira Gandhi dan banyak lagi “BELUM BERJAYA”, saya tetap hargai jasa TS IGP KONTRAK.

Akhir sekali, saya ucapkan SELAMAT BERSARA LAGI kepada TS dan harap TS sentiasa kekal sihat walfiat.

“Fight Injustice Everywhere”

Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan

7 thoughts on “KENAPA SAYA TAK PERCAYA CAKAP IGP KONTRAK HAMID BADOR? – PART 1

  1. Attractive portion of content. I simply stumbled upon your web site and in accession capital to assert that I acquire actually loved account your weblog posts. Any way I’ll be subscribing in your augment or even I success you get right of entry to constantly rapidly.

Leave a Reply