KENYATAAN BERHUBUNG PERKEMBANGAN KES ROGOL DI JEMPOL

Sepertimana yang dinyatakan dalam kenyataan saya yang terdahulu saya telah meminta semua pihak agar bersabar dan berikan ruang sepenuhnya kepada pihak PDRM untuk jalankan siasatan mereka dengan telus dan terperinci.

Saya percaya pihak polis telahpun selesai menjalankan siasatan mereka dan akan merujuk kertas siasatan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk mendapatkan arahan tuduh (jika perlu dan ada bukti kukuh).

Ingin saya ambil kesempatan ini untuk komen sedikit berhubung Facebook Live video oleh Saudara Mani Maran Manickam kerana saya tidak ada kelapangan masa seperti beliau untuk membuat video setiap hari setiap masa tapi harap komen saya disini dapat memberikan pencerahan. Difahamkan bahawa beliau telah membuat satu laporan polis terhadap saya kononnya kerana saya telah mengeluarkan maklumat tidak benar mengenai kes ini dan beliau juga telah memberi “amaran” kepada saya jika ianya tidak dipadam dari laman media sosial maka satu tindakan undang-undang akan diambil terhadap saya.

Walaupun saya “tergigil” dengan “amaran” tersebut tapi demi mempertahankan kebenaran dan fakta maka saya minta Mani Maran Manickam supaya segera failkan tindakan undang-undang terhadap saya dan biar mahkamah tentukan mana satu fakta dan auta. Saya bersedia untuk berjumpa kamu di mahkamah pada bila-bila masa, lagipun ianya bukan perkara baru bagi saya.

“Fight Injustice Everywhere”

Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan

Leave a Reply