KES MACAU SCAM – BUKTI IGP KONTRAK HAMID BADOR LEBIH BERCAKAP DARIPADA KERJA?

Kebelakangan ini kecoh mengenai berita bagaimana Datuk Seri MACAU SCAM dapat lolos dengan melompat pagar ibu pejabat SPRM bagi mengelakkan diri dari diberkas pihak polis. Kita biarkan isu ini dahulu, disamping kita menuntut SPRM menjawabnya bagaimana “aksi kartun” itu berlaku.

Kini timbul pula persoalan baru bagaimana Datuk Seri tersebut tahu terdapat anggota polis yang sedang menunggu untuk memberkas beliau sejurus beliau dibebaskan oleh SPRM? Sudah pasti ada pihak “membisikkan” sesuatu kepada beliau.

Betul ke suspek itu ada bercakap dengan seorang pegawai kanan PDRM sebelum melakukan “lompat tinggi” dan loloskan diri?

Bukan rahsia lagi bahawa Datuk Seri tersebut mempunyai hubungan yang erat dengan beberapa pegawai polis. Bahkan, pegawai polis terbabit sering dijemput ke majlis hiburan yang dianjurkannya.

Menurut maklumat yang kami terima, ramai pegawai kanan PDRM termasuk dari D7 Bukit Aman telah dipanggil untuk disiasat kerana dipercayai melindungi aktiviti MACAU SCAM ini.

2 pegawai kanan PDRM yang ditangkap oleh SPRM minggu lalu adalah ACP Hedzir Hussin dan Supt Chia Sia Chek dari D7 Bukit Aman?

ACP Hedzir Hussin ini merupakan anak saudara mantan IGP Musa Hassan dan pernah bertugas di D7 Bukit Aman ketika Musa Hassan menjadi IGP dari 2006-2010?

Apabila pegawai polis yang sepatutnya melindungi rakyat khianat kepada amanah yang diberikan dengan terlibat dalam aktiviti mencuri duit warga emas & simpanan hari tua seperti MACAU SCAM ini, maka ia adalah suatu malapetaka kepada kita.

Seharusnya Ketua Polis Negara, TS Hamid Bador berasa malu kerana gagal menjaga anak buahnya. Cara terbaik untuk beliau memikul tanggungjawab ini adalah dengan berundur secara terhormat dari kerusinya sekarang.

Kita perlukan seorang Ketua Polis Negara yang bertegas dengan prinsip dan maruah PDRM, dan juga yang penting kurang bicara tetapi banyak bertindak.

Leave a Reply