DITEMBAK SEBELUM ATAU SELEPAS DISERANG SASPEK?

Polis tembak mati anggota sindiket peyeludupan migran di Puchong

Pada 24hb September lepas kita dikejutkan dengan satu lagi kejadian dimana seorang lelaki yang dipercayai anggota sindiket penyeludupan manusia ditembak mati oleh pihak polis di Puchong jam lebih kurang 7.30 malam.

Mengikut laporan media, mangsa dikatakan cuba merempuh sepasukan polis yang cuba menahannya oleh itu anggota polis terpaksa melepaskan 2 das tembakan yang mengenai mangsa yang maut di tempat kejadian.

Kini timbul pula sebuah video klip yang dipercayai dirakam di tempat kejadian. Adakah polis sedang cuba untuk melarang orang awam daripada merakam kejadian itu melalui telefon bimbit netizen yang berada di lokasi pada masa kejadian?

Jika ya, adakah polis mempunyai kuasa untuk melarang orang awam daripada merakam sesuatu kejadian di tempat awam? Satu lagi soalan, adakah polis yang pergi untuk membuat sebarang tangkapan biasanya bersiap sedia dengan baju kalis peluru?

Pada pendapat saya, kejadian tembakan ini dapat dielakkan sekiranya pihak polis dapat menangkap saspek tersebut sebelum dia memasuki kenderaanya.

Apabila saspek ditangkap dan jika benar dia terlibat dalam sindiket tersebut, saya pasti pihak polis dapat kumpul lebih banyak maklumat daripada saspek dalam soal siasat.

Tapi, nasi sudah jadi bubur….

Fight Injustice Everywhere

Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan

Leave a Reply