KETUA POLIS & TKP NEGERI TERENGGANU YANG TELAH “BERKURSUS KHAS” DI TURKI

Roslee Chik semasa berkursus di Turki

Pada Februari 2019 lalu Sarawak Report telah menyiarkan satu artikel mengenai sekumpulan pegawai kanan PDRM termasuk IGP pada ketika itu iaitu Fuzi Harun yang telah pergi “berkursus” di Istanbul, Turki. Antara peserta kursus tersebut adalah mantan Pengarah Narkotik PDRM Mohamad Salleh, mantan PJSJ PDRM Wan Najmuddin, Pengarah JSJ PDRM sekarang Huzir Mohamed dan ramai lagi pegawai kanan PDRM.

Genap setahun kemudian iaitu sekitar Januari 2020 dua daripada peserta kursus tersebut iaitu Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Roslee Chik dan KPP D7 Bukit Aman Rohaimi Md Isa telah dipindahkan ke IPK Terengganu sebagai Ketua Polis dan Timbalan Ketua Polis Negeri.

Rohaimi Md Isa semasa berkursus di Turki

Rakyat negeri Terengganu amat bertuah kerana mendapat Ketua Polis dan Timbalan Ketua Polis Negeri yang telah mengikuti “kursus khas” di Istanbul, Turki cara menangani jenayah seperti judi, keganasan, maksiat dan lain-lain isu jenayah.

Mengapa saya sebut “kursus khas” adalah kerana bukan semua Ketua Polis Negeri atau Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri yang terpilih untuk mengikuti kursus ini jadi mereka yang dipilih mestilah mempunyai kepakaran dan bakat tersendiri kan? Mestilah mereka yang dipilih itu “special” kan?

Antara gambar kursus khas di Istanbul, Turki

Contohnya Datuk Huzir Mohamed telah dilantik sebagai Pengarah JSJ Bukit Aman selepas berkursus di Turki.

Saya merayu supaya Menteri Dalam Negeri baharu DS Hamzah Zainuddin dan IGP TS Hamid Bador Harap cari kesemua pegawai-pegawai kanan yang telah “berkursus khas” di Turki dan meletakkan mereka di jawatan penting seperti Forensik, PGA, Polis Marin, ESSCOM, K9 dan sebagainya untuk terus menangani masalah jenayah dan keganasan.

“Fight Injustice Everywhere”

Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan

2 thoughts on “KETUA POLIS & TKP NEGERI TERENGGANU YANG TELAH “BERKURSUS KHAS” DI TURKI

  1. TWO Hundred Per Day in Only 20 Minutes Only two years go, I used to slave away for 10.25/hour. It was awful. ​Long hours, a grumpy boss, and very little to show for it. Brendan is now showing how he makes 200+/daily. And it’s predictable. Do it once, and you can do it again. Every. Single. Day. Learn how to do it yourself: ==> Yhttps://warriorplus.com/o2/a/dzkw6/0 https://warriorplus.com/o2/a/dzkw6/0 <== Right now, it's on special. Which means that if there's ever a good time to take action on this, it's right NOW! You can do this. Make it happen!! 🙂

Leave a Reply