KUALA LUMPUR SYURGA SEGALA MAKSIAT?

Where is Rule of Law?

Bandaraya Kuala Lumpur merupakan salah satu tanda kejayaan negara tercinta kita dan menjadi tumpuan kepada pelancong dari seluruh pelusuk dunia tapi keadaan di KL semakin lama semakin membimbangkan dengan pembiakan premis-premis yang menjalankan aktiviti pelacuran atas nama pusat urut kaki dan sebagainya.

Minggu lepas saya telah pergi ke Bukit Bintang bersama keluarga dan saya nampak sendiri premis-premis ini beroperasi dengan berani dan lebih menakjubkan mereka boleh tanya kepada lelaki yang lalu “mahu perempuan sekali main atau satu malam, semua muda dan cantik mari tengok dulu”. Bapa ayam berdiri ditepi jalan dan setiap lelaki yang lalu menjadi target mereka. Kenapa mereka sangat berani hingga boleh beroperasi macam ini? Ada tangan ghaib yang melindungi mereka ini?

IGP Hamid Bador sering mengadakan lawatan mengejut sini sana, bagaimana boleh terlepas pandang semua ini yang masih beroperasi di segitiga emas? Betul tak nampak atau buat-buat tak nampak? PM Tun Mahathir sering menekankan “rule of law” dan sesiapa sahaja yang melakukan sebarang kesalahan perlu dikenakan tindakan tetapi kenapa tauke-tauke yang menjalankan aktiviti maksiat dan judi di negara kita masih bebas dan kebal?

“Lawatan belajar” pegawai kanan polis di Turki

Beberapa bulan lalu ramai pegawai kanan PDRM termasuk PJSJ Huzir dan KPP D7 Bukit Aman telah pergi “berkursus” di Turki dan IGP ketika itu Fuzi Harun kata mereka pergi untuk belajar cara perangi judi/maksiat dan sebagainya. Tapi apa gunanya pergi Turki “berkursus” tapi semua ini masih beroperasi dengan begitu bebas?

Mahu saya namakan tempat-tempat maksiat ini dengan bukti gambar sekali? Jika saya tampil dedahkan semua ini adakah PJSJ, KPP D7 dan pegawai-pegawai D7 IPK KL minta diri mereka dipindahkan ke Jabatan lain serta-merta?

Bila kita berikan maklumat tidak mahu ambil tindakan tapi bila kita dedahkan di media sosial kenapa mahu marah pula?

Tiada siapa berani kecam jika kamu jalankan tugas dengan amanah dan berintegriti, kan? Sebenarnya, saya hanya jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang warganegara Malaysia yang prihatin dengan segala jenayah ini.

“Fight Injustice Everywhere”

Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan

Leave a Reply