LEBIH BAIK IGP DAN PCK “KONTRAK” LETAK JAWATAN SEKARANG

Sejak dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 4 Mei 2019, sehingga ke hari ini, masih samar kejayaan apa yang telah digapai oleh Tan Sri Hamid Bador. Menteri Dalam Negeri terdahulu, Tan Sri Muhyiddin sewaktu mengumumkan perlantikan Ketua Polis Negara, telah berkata bahawa TS Hamid dilantik kerana beliau memiliki kompetensi yang tinggi untuk menerajui PDRM hasil pengalaman luasnya selama 40 tahun berkhidmat.

Namun sayang seribu kali sayang, langsung tiada apa kejayaan yang dapat dibanggakan, sebaliknya kegagalan beliau yang lebih mudah untuk dinukilkan.

TS Hamid Bador lebih terkenal kerana pandai membuat kenyataan media sahaja. Di awal perlantikan sebagai KPN beliau dilihat garang dengan kenyataannya mahu menghukum anggota polis yang terlibat dengan sindiket judi. Hari ini kita lihat berapa ramai pegawai polis yang dihukum? Malah premis judi haram semakin banyak yang beroperasi.

Kes di Sungai Buloh adalah salah satu contoh yang nyata bahawa PDRM gagal membanteras premis judi sehingga muncul seorang Asri Janggut yang mendedahkannya. Selepas perkara ini tular, PDRM masih cuba untuk menutup “bangkai gajah” sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa ini hanyalah tohmahan Asri Janggut terhadap PDRM.

Raja Judi Ekor Malaysia DS Peter Hee sudah ditangkap belum? Sindiket judi ekor milik dia beroperasi hampir di setiap negeri dengan bebas hingga saat ini.

Dulu kata ada tauke-tauke sindiket judi berpangkat Dato, Dato’ Sri dan Tan Sri, sudah tangkap atau hanya cakap kosong di depan media?

Terdahulu sebelum itu, dalam kes Indira Ghandi, satu pasukan ditubuhkan oleh beliau untuk mengesan Riduan Abdullah (suami Indira Ghandi) tetapi hingga kini gagal dikesan walhal Riduan hanyalah orang awam biasa.

Jika Riduan pun gagal dikesan oleh PDRM, maka apabila TS Hamid melaporkan beliau akan membawa pulang Jho Low, itu adalah suatu jenaka yang tiada tolok bandingnya. Kegagalan beliau membawa pulang Jho Low menjadi ejekan oleh media antarabangsa hingga ada yang mendakwa Jho Low sukar dikesan kerana telah menukar identiti menjadi beruang.

Dalam kes Adib pula, TS Hamid mendakwa pelaku sedang diburu PDRM. Jika diburu, bermakna suspek telah diketahui identiti. Tetapi sehingga ke hari ini, kita tidak didedahkan siapakah pelaku tersebut dan bilakah pelaku akan dibawa ke muka pengadilan.

Apa yang dinyatakan ini antara beberapa kes besar dari banyak lagi kegagalan TS Hamid Bador selaku Ketua Polis Negara. Sedarlah bahawa anda telah gagal dan tidak sepatutnya kekal sebagai Ketua Polis Negara.

Cawangan Khas PDRM pula bagaikan sudah tiada lagi yang berkebolehan hingga perlu sambung kontrak Farid Hassan sebagai PCK. Ini semua kos tambahan bagi kerajaan, kenapa perlu ambil PCK kontrak sedangkan ada ramai lagi yang lebih baik yang masih ada dalam service?

Lebih baik IGP & PCK “kontrak” ini meletakkan jawatan sekarang sebelum lebih banyak kegagalan anda dinilai oleh rakyat.

“Fight Injustice Everywhere”

Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan

9 thoughts on “LEBIH BAIK IGP DAN PCK “KONTRAK” LETAK JAWATAN SEKARANG

  1. A ______________________ is to order the drug over the Internet and risk purchasing harmful replicas.
    Lack of chemistry.
    What is the most important information I should know about tamsulosin Flomax.

  2. Hello I am so happy I found your blog, I
    really found you by error, while I was looking on Digg for something else,
    Anyways I am here now and would just like to say thanks
    a lot for a remarkable post and a all round exciting
    blog (I also love the theme/design), I don’t have time to browse it all at the minute
    but I have bookmarked it and also included your RSS feeds, so when I have time I will be back to read more,
    Please do keep up the fantastic work.

Leave a Reply