MARI SEMAK KAD PRESTASI KPN HAMID BADOR

Amaran IGP Hamid Bador baru-baru ini

Populariti Ketua Polis Negara yang baru Dato Sri Hamid Bador kini berada di tahap yang paling tinggi. Gambarnya memandu seorang diri melawat balai polis tanpa polis pengawal menghiasi dada-dada laman sosial. Begitu ramai yang memuji sikap tanpa protokol beliau.

Tidak cukup dengan itu, sesi temu ramah wartawan dan beliau juga menarik untuk ditonton. Manakan tidak, beliau tanpa berselindung menceritakan bahawa memang terdapat kes penyelewengan di dalam PDRM di bawah pengetahuan beliau. Antaranya kes menukar sampel air kencing dari positif ke negatif, kes anggota polis pangkat rendah yang cuba meminta “duit kopi” darinya dan banyak lagi.

Dari segi populariti DS Hamid Bador memang cukup popular. Tetapi adakah dengan popular sudah cukup untuk menjadi seorang Ketua Polis Negara?

Apabila disemak kad prestasi DS Hamid Bador, apa yang dijumpai ialah Jho Low masih bebas di luar negara, masih tiada tangkapan kes berprofil tinggi yang dibuat oleh beliau, malah kes berprofil tinggi lama seperti kes Gopi masih tiada perkembangan di bawah beliau sebagai KPN. Laporan polis yang dibuat Kementerian Pertahanan berkaitan pesawat yang masih belum tiba ke Malaysia walau wang sudah dibayar juga masih tiada tangkapan dilakukan PDRM.

Yang terbaru adalah amaran DS Hamid Bador kepada anggota polis supaya hentikan sebarang hubungan dengan tauke judi jika tidak akan dibuang kerja. Adakah anda sudah mendengar berita terdapat anggota polis yang sudah dibuang kerja oleh beliau? Belum ada lagi padahal sebagai “orang kuat” Cawangan Khas sebelum ini sudah tentu maklumat ini semua sudah di dalam kocek seluar beliau.

Kepada DS Hamid Bador, rakyat Malaysia mahukan seorang Ketua Polis yang “walk the talk” bukan setakat popular sahaja kerana popular tidak dapat membanteras apa-apa jenayah yang ada.

Fight Injustice Everywhere

Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan

7 thoughts on “MARI SEMAK KAD PRESTASI KPN HAMID BADOR

  1. You actually make it seem so easy with your presentation but I find this
    topic to be actually something that I think I would never understand.

    It seems too complicated and extremely broad for me.

    I am looking forward for your next post, I will try to get the hang of it!

  2. It’s very effortless to find out any matter on net as compared to textbooks, as
    I found this paragraph at this website.

  3. Excellent post. I was checking constantly this blog
    and I am impressed! Very useful info specifically the
    last part 🙂 I care for such information a lot.

    I was looking for this particular info for a very long time.
    Thank you and best of luck.

  4. Hey very cool blog!! Man .. Excellent .. Amazing .. I will bookmark your blog and take the feeds also厈I am happy to find a lot of useful info here in the post, we need develop more strategies in this regard, thanks for sharing. . . . . .

Leave a Reply