OPS OSCAR YANG DIJALANKAN PDRM SELANGOR WAJAR DIBERI PUJIAN

Ramai yang tidak menyedari pada tahun 2019 lalu, CP Dato Noor Azam selaku Ketua Polis Selangor telah melaksanakan Program Penugasan Oscar sejak dari 9 Februari hingga 31 Disember 2019. Konsep Penugasan Oscar ini berasaskan kepada “teori ruangan yang boleh dikawal atau dijaga” yang diperkenalkan oleh Oscar Newman.

Maksudnya di sini, Penugasan Oscar ini adalah satu program penugasan jenayah yang menggunakan pendekatan mendekati masyarakat setempat. Melalui program ini Pegawai Kanan Polis harus turun ke lokasi yang ditetapkan bagi bertemu dengan golongan sasaran yang terdiri daripada rukun tetangga, jawatankuasa kampung dan perumahan, AJK masjid, aktivis masyarakat, serta pesara-pesara polis.

Golongan sasaran ini akan menjadi “mata dan telinga” melaporkan sebarang jenayah atau gejala sosial yang berlaku di tempat mereka. Melalui kaedah ini pihak polis mendapat maklumat secara terus dari pihak yang melihat dengan mata mereka sendiri. Justeru itu, maklumat yang dilaporkan lebih tepat dan terperinci.

Melalui Penugasan Oscar ini PDRM Kontinjen Selangor telah menjalankan lebih 18,000 perjumpaan bersama golongan sasar berkenaan dan sebanyak lebih 2,000 maklumat telah disalurkan. Dari maklumat tersebut polis telah menjalankan tangkapan jenayah sebanyak 43 orang, narkotik 176 orang, trafik 4 orang dan memberkas PATI seramai 111 orang.

Apa yang dapat kita simpulkan di sini ialah Penugasan Oscar ini merupakan suatu program yang amat baik dan CP Dato Noor Azam wajar diberikan kredit. Program seperti ini juga wajar diperluaskan ke negeri-negeri lain kerana ianya selaras dengan konsep yang diterapkan oleh PDRM kini iaitu “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”.

“Fight Injustice Everywhere”

Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan

Leave a Reply