PDRM CUBA ALIH ISU PENYELEWENGAN JUTAAN RINGGIT DENGAN TUDUH SAYA DI MAHKAMAH KERANA BONGKARKAN KES?

Semalam saya telah dituduh di Mahkamah Seksyen Petaling Jaya di bawah Seksyen 203A (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.

Sebenarnya arahan pertuduhan telah diperoleh sejak tahun 2017 berdasarkan laporan polis yang dibuat pada tahun 2015 lalu tetapi baru hari ini saya ditahan dan dituduh di mahkamah.

Saya dituduh di mahkamah kerana kononnya membongkarkan isu penyelewengan melibatkan ratusan ribu ringgit yang berlaku pada 2015 lalu yang dilakukan oleh Jabatan Logistik PDRM?

Saya membongkarkan mengenai penemuan oleh juruaudit KDN bahawa sebanyak lebih RM1.5 juta wang kerajaan (baca : wang rakyat) telah dibayar kepada kontraktor untuk membaik pulih dan manaik taraf Ibu Pejabat PDRM di Bukit Aman tetapi kerja-kerja tersebut sebenarnya tidak wujud.

Kes ini tidak digembar-gemburkan di dalam media arus perdana ketika itu, jadi sebagai rasa tanggungjawab saya kepada orang awam saya telah membongkarkan kes ini dengan harapan ia akan disiasat dengan adil dan telus.

Tetapi setelah 3 tahun berlalu, pesalah yang telah “merembat” lebih RM1.5 juta masih tidak dibawa ke muka pengadilan, saya pula yang didakwa supaya PDRM dapat mengalihkan isu penyelewengan ini.

“Fight Injustice Everywhere”

Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan

Leave a Reply