PEGAWAI KANAN PDRM YANG BERJAYA MENGIKUTI “LAWATAN BELAJAR” DI TURKI BAKAL DINAIKKAN PANGKAT OLEH IGP FUZI HARUN?

Rakyat Malaysia sedia maklum mengenai “lawatan belajar” IGP Fuzi Harun dan beberapa pegawai kanan PDRM ke Istanbul, Turki baru-baru ini. Dikatakan bahawa beberapa pegawai kanan PDRM yang berjaya mengikuti “lawatan belajar” ke Turki bakal dinaikkan pangkat oleh IGP Fuzi Harun sebelum dia bersara wajib bulan Mei 2019 ini.

Menurut maklumat yang diterima antara yang dipercayai akan dinaikkan pangkat adalah CP Dato Huzir Mohamad yang kini merupakan Timbalan Pengarah JSJ (Risikan/Operasi) akan dinaikkan pangkat sebagai Pengarah JSJ Bukit Aman selepas Dato Sri Wan Najmuddin bersara pada bulan hadapan.

Nama kedua yang dikatakan adalah DCP Roslee Chik yang kini merupakan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang akan dinaikkan pangkat ke CP dengan jawatan sebagai Timbalan Pengarah JSJ (Risikan/Operasi) menggantikan tempat Dato Huzir Mohamad.

Yang ketiga, SAC Dato Rohaimi Isa yang kini merupakan Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman akan dinaikkan pangkat ke DCP dengan jawatan baru sebagai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang menggantikan tempat Roslee Chik.

Seterusnya pegawai yang keempat iaitu ACP Baharuddin Mustapha yang kini merupakan ACP D7 (Tahanan) pula akan dinaikkan pangkat sebagai SAC dengan jawatan Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman menggantikan Dato Rohaimi Isa.

Adakah IGP Fuzi Harun ingin memberikan kenaikan pangkat kepada “pegawai cemerlang” yang berjaya mengikuti “lawatan belajar” di Turki bersamanya sebagai tanda menghargai “jasa luarbiasa” mereka atau kerana kebolehan mereka?

Kes pegawai kanan STAGG “diangkut” SPRM belum dituduh, kes #OpsGopi belum dituduh, suami Puan Indira Gandhi belum dtangkap, pembunuh Dr Fadi Albash belum ditangkap dan banyak lagi kes jenayah berat belum diselesaikan tapi IGP Fuzi Harun sibuk ke Turki untuk belajar mengenai judi atas talian. Pelbagai persoalan mengenai “lawatan belajar” itu timbul dan hingga kini belum dijawab oleh IGP Fuzi Harun. Adakah tidak dijawab kerana tidak ada jawapan atau tidak tahu bagaimana untuk jawab?

Katanya pergi ke Turki untuk belajar judi atas talian dan ISIS tapi tidak pula bawa Pengarah Cawangan Khas sebaliknya bawa Pengarah Narkotik Mohamad Salleh yang akan bersara wajib April 2019 ini? Apa kena mengena Pengarah Narkotik dengan judi atas talian dan ISIS?

Fight Injustice Everywhere”

Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan

Leave a Reply