AYUH ANAK MUDA KITA BERSATU HATI DI DALAM PEMUDA NEGARA

Pemuda Negara merupakan suatu Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berfungsi untuk mengangkat suara rakyat pelbagai kaum berlandaskan prinsip-prinsip demokrasi, keadilan dan kemakmuran bersama.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Dr. Afif Bahardin dan YB Hilman Idham di atas kepercayaan mereka yang memilih saya sebagai Koordinator Pemuda Negara Negeri Sembilan. Saya percaya penubuhan Pemuda Negara ini tepat pada masanya kerana ketika ini anak muda pelbagai kaum sangat dahagakan suatu wadah untuk mereka bersuara dan melontarkan idea.

Sebagai orang lama dalam dunia aktivis, akan saya gunakan pengalaman yang ada untuk memacu NGO ini menjadi suatu wadah anak muda Negeri Sembilan khususnya, mengembleng tenaga dan idea membantu kerajaan. Juga sebagai mata dan telinga rakyat dalam mengajukan permasalahan mereka.

Dalam masa yang sama, Pemuda Negara akan menjadi benteng hadapan membantu masyarakat yang dalam kesusahan tanpa mengira latar belakang politik mereka.

Oleh yang demikian, saya menyeru setiap anak muda tidak kira warna kulit untuk bersama-sama saya menyertai Pemuda Negara ini. Dalam Pemuda Negara, tiada prejudis antara satu sama lain walaupun berbilang kaum dan agama. Justeru itu, saya percaya inilah wadah terbaik untuk anak muda yang cintakan negara.

Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan

Koordinator

Pemuda Negara Negeri Sembilan

Leave a Reply