PENANGAN KPN HAMID BADOR BUAT POLIS KORUP TAK LENA TIDUR

Amaran KPN Hamid Bador kepada pegawai yang korup

Ketua Polis Negara yang baru, Dato Sri Hamid Bador telah melakukan sesuatu yang tidak berani dilakukan oleh pendahulunya sebelum ini iaitu melaungkan amaran supaya semua anggota polis dengan segera memutuskan sebarang hubungan dengan tauke judi dan maksiat jika tidak tindakan keras akan dikenakan.

Mungkin hasil didikan di Cawangan Khas sebelum ini telah menjadikan beliau seorang yang berterus terang dan berpijak pada realiti. Ini yang tidak mampu dilakukan oleh Ketua Polis sebelum ini yang semampu mungkin cuba menyembunyikan fakta bahawa terdapat ramai anggota dan juga pegawai tertinggi PDRM yang menerima faedah dari sindiket judi dan maksiat sehingga mudah untuk sindiket ini “menarik telinga” anggota polis tersebut.

Untuk membanteras rasuah sebegini dalam PDRM tidak cukup dengan sekadar amaran. Hukuman keras seperti buang kerja harus dikenakan kepada anggota yang ingkar supaya ia menjadi pengajaran kepada yang lain.

Kerjasama erat harus dijalinkan dengan NGO cegah jenayah supaya maklumat anggota yang menerima rasuah dapat disalurkan terus kepada KPN tanpa ada sekatan dari mana-mana pihak.

Untuk rekod semua laporan yang MyWatch laporkan berkenaan isu anggota polis menerima rasuah dari sindiket judi dan maksiat sebelum ini semuanya NFA dan dibakulsampahkan lebih-lebih lagi jika melibatkan pegawai tinggi PDRM.

MyWatch turut menggesa setiap rakyat Malaysia menjunjung aspirasi KPN kali ini yang mahu menghapuskan rasuah dalam PDRM dan mahu meletakkan kembali PDRM dikedudukan tertinggi setelah sekian lama ia menjadi alat ahli politik.

Fight Injustice Everywhere”

Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan

Leave a Reply