PENYELEWENGAN JUTAAN RINGGIT PERKARA BIASA DALAM PDRM?

Saya menyambut permulaan tahun 2020 dengan keceriaan apabila Mahkamah Seksyen Petaling Jaya melepaskan dan membebaskan saya dari pertuduhan mendedahkan penyelewengan yang berlaku dalam PDRM pada 2015 lalu.

Pada Disember 2018 saya telah ditangkap sepasukan pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman kononnya kerana memuat naik artikel dalam sebuah blog – https://srisanjeevanr.blogspot.com/2015/11/penyelewengan-wang-kerajaan-dalam-pdrm.html?m=1

Pada Mac 2015, Jabatan Audit telah melakukan audit dan mendapati terdapat wang yang dibayar sebanyak RM183,000 untuk pembekalan pintu rintangan api pada Menara 2 Bukit Aman tetapi pintu rintangan api tersebut tidak wujud sama sekali. Kemudian, sebanyak RM281,000 telah dibayar untuk kerja pembekalan alat ganti paip saluran jenis jacketing penghawa dingin (AHU) tetapi projek tersebut tidak wujud.

Kedua projek yang tidak wujud ini mengakibatkan kerugian beratus ribu Ringgit kepada PDRM serta Kerajaan Malaysia. Namun, apabila kes ini didedahkan di dalam blog, saya pula ditangkap dan dituduh di mahkamah kerana mendedahkan rahsia PDRM.

Taktik itu sudah “masak” pada saya kerana inilah caranya untuk pihak yang terjejas mahu menutup mulut dan menakutkan seseorang dari terus membongkarkan penyelewengan yang dilakukan oleh mereka.

Kini setelah 5 tahun berlalu apa sudah jadi dengan pembongkaran tersebut? Adakah isu ini telah disenyapkan kerana masing-masing sudah kenyang setelah jutaan riggit berjaya diselewengkan? Adakah individu yang terlibat dalam penyelewengan ini sudah ditangkap dan dituduh di mahkamah?

“Fight Injustice Everywhere”

Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan

Leave a Reply