PENJENAYAH SIBER TERNANTI-NANTI SAAT SEPERTI INI

Statistik jenayah siber 2019

Kita pasti sering mendengar jenayah ragut bukan? Kerana ia sering dilaporkan di media boleh dikatakan setiap hari. Tetapi tahukah anda ada jenayah yang lebih membahayakan berbanding ragut iaitu jenayah siber.

Jenayah siber jauh lebih berbahaya berbanding ragut kerana kerugiannya berlipat kali ganda dan ia berlaku kepada kita tanpa kita sedari.

Menurut data JSJK Bukit Aman, pada tahun 2019 lalu lebih RM400 juta dilaporkan lesap akibat jenayah siber. Setiap hari akan ada sekitar 20 ke 30 laporan polis yang dibuat berkaitan jenayah ini di seluruh Malaysia. Cuba anda fikirkan adakah angka jenayah ragut mampu mencecah nilai RM400 juta? Sudah pasti tidak.

Cara bagaimana jenayah siber ini berjalan antaranya dengan cara penipuan telekomunikasi. Anda mungkin akan dihubungi oleh seseorang yang menyamar sebagai pegawai polis atau dari mahkamah yang menyatakan anda mempunyai kes jenayah lampau. Untuk menyelesaikan kes ini anda perlu membuat transaksi pembayaran ke suatu nombor akaun yang diberikan. Yang mana sebenarnya kes jenayah lampau itu tidak wujud sebaliknya mereka hanya mahukan wang anda sahaja.

Jika anda pernah mendengar scammer seperti Macau Scam, mereka ini antara yang mendominasi jenayah siber di waktu ini dan antara taktik mereka memperdayakan kita adalah melalui penipuan telekomunikasi di atas.

Selain itu, Macau Scam juga pernah menggunakan taktik menghantar pautan (link) ke telefon bimbit dan setelah kita klik, mereka menyalin password yang biasanya kita telah simpan di dalam “cache” telefon (biasanya disimpan di dalam Google Chrome atau sewaktu dengannya). Cara mereka untuk menarik minat kita untuk klik link tersebut adalah dengan ayat berupa menang cabutan bertuah, baucar membeli belah, dan sebagainya.

Di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang ini kita harus sentiasa berhati-hati. Ada pihak yang sedang menunggu umpannya dimakan kerana tahu kita sedang ternanti-nanti wang dari kerajaan seperti BPN yang memerlukan kita mengisi di atas talian sahaja.

Oleh yang demikian, setiap link yang kita dapat pastikan ia dari alamat yang sah dan diperakui. Jangan mudah untuk menyerahkan nombor akaun bank dan password kepada pihak yang menyamar dari jabatan kerajaan yang mahu menyalurkan bantuan.

“Fight Injustice Everywhere”

Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan

5 thoughts on “PENJENAYAH SIBER TERNANTI-NANTI SAAT SEPERTI INI

  1. It was not as a result of she was not capable of undertaking it but it really was basically less costly essay creating assistance considering the fact that she beloved the best way which i wrote | She felt like my phrases would.

  2. I loved as much as you’ll receive carried out
    right here. The sketch is tasteful, your authored material
    stylish. nonetheless, you command get bought an edginess over that
    you wish be delivering the following. unwell unquestionably come more formerly again as exactly the same nearly a lot often inside
    case you shield this increase.

  3. hello!,I love your writing very a lot! percentage we communicate extra approximately your article on AOL?
    I need an expert on this space to resolve my problem.
    Maybe that’s you! Having a look forward to peer you.

    P.S. If you have a minute, would love your feedback on my new website
    re-design. You can find it by searching for «royal cbd» — no sweat
    if you can’t.

    Keep up the good work!

Leave a Reply