PERUTUSAN HARI KEMERDEKAAN KE 62

Merdeka dalam erti kata masyarakat majmuk di Malaysia ialah bila kita dapat bersama-sama mengenepikan fahaman politik sempit dan perkauman kerana itulah asasnya bagaimana datuk dan nenek kita terdahulu dapat menikmati kesejahteraan dan keamanan hidup mereka di tanahair tercinta ini.

Sempena Hari Kemerdekaan yang ke 62 ini marilah kita kembali menyemai semangat dan azam untuk lebih menghargai keamanan hidup yang telah kita capai sekarang ini hasil dari perjuangan orang-orang yang terdahulu.

Apabila kita menghargai keamanan hidup ini, maka sudah tentu dalam jiwa kita akan tersemai perasaan kasih dan lebih menghormati sesama kita rakyat Malaysia tidak kira warna kulit juga budaya.

Justeru itu saya menyeru agar kita semua rakyat Malaysia mengeratkan tali persaudaraan, menolak anasir yang cuba mengeruhkan hubungan kaum, dan cintai Malaysia kerana tanahair ini adalah tanah tumpahnya darah kita.

Sayangi Malaysiaku!

Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan

Leave a Reply