POLITIK JIJIK TIADA TEMPAT DI MALAYSIA

DS Azmin Ali satu lagi mangsa politik kotor

Selama lebih 20 tahun rakyat Malaysia sudah jemu disajikan dengan politik jijik demi untuk membunuh karier politik seseorang. Politik jijik menyebarkan video fitnah dan lucah adalah satu perbuatan terkutuk dari segi etika politik mahupun agama.

Perbuatan melondeh lawan politik dengan video fitnah tidak akan menguntungkan rakyat sama sekali. Sebaliknya, hebahkan perancangan ekonomi yang bagaimana anda mahu lakukan untuk memulihkan ekonomi negara. Di akhir nanti rakyat akan memilih anda kerana terpesona dengan politik nilai yang anda bawakan.

Kepada rakyat Malaysia, jika anda merasa jemu dengan politik jijik yang tak pernah surut dari politik Malaysia, jauhkan diri anda darinya dan lama-kelamaan politik jijik ini akan hilang sensasinya.

Kepimpinan PDRM di bawah Dato’ Sri Hamid Bador haruslah bertindak segera menyiasat isu ini hingga ke lubang cacing. Jika ini adalah fitnah bawalah dalang dan pelaku sebenarnya ke muka pengadilan. Hanya dengan ini politik jijik akan “mati” dengan sendirinya.

Fight Injustice Everywhere”

Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan

Leave a Reply