PREMIS JUDI DILINDUNGI OLEH PDRM SEGAMAT?

Syabas kepada pemuda dari Segamat, Johor ini kerana dengan beraninya menerjah sebuah Pusat Judi yang berselindung di sebalik premis menjual telefon bimbit dan kad topup di Jementah, Segamat. Mungkin ada pihak yang mempertikaikan mengapa beliau mengambil tindakan sendiri dan tidak menyerahkan kepada pihak berkuasa?

Jika anda mempunyai pengalaman membuat aduan berkaitan hal judi, anda pasti akan berkongsi kekecewaan dengan pemuda ini kerana aduan anda tidak akan dilayan meskipun berpuluh aduan sudah dibuat. Lebih malang lagi anda dan keluarga anda pula akan diperhatikan setiap gerak-geri oleh pihak yang tidak senang dengan aduan yang anda laporkan.

Disebabkan inilah pemuda ini tiada jalan lain lagi sehingga terpaksa mengambil alih tugas polis yang pekak dan tuli terhadap isu berkaitan judi haram.

Untuk pengetahuan semua, di Segamat ini dilaporkan terdapat banyak premis sebegini yang berselindung dengan perniagaan lain bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Puncanya kerana PDRM Segamat masih belum bangun tidur untuk membanteras judi haram.

Kegagalan PDRM membanteras isu judi haram harus dipertanggungjawabkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi Harun kerana beliau dilihat lemah untuk menukarkan Ketua Polis Daerah yang gagal memerangi judi walaupun beliau mempunyai kuasa berbuat demikian. Seorang ketua yang lemah akan melahirkan institusi yang gagal, oleh yang demikian wajarlah Tan Sri Fuzi bersara dengan kadar segera.

Fight Injustice Everywhere”

Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan

Leave a Reply