PROSES KENAIKAN PANGKAT PDRM BEGITU CACA MERBA DAN MENGUNDANG 1001 PERSOALAN

Pada 23hb Januari 2019 yang lepas keputusan kenaikan pangkat PDRM daripada ASP ke DSP yang ditandatangani sendiri oleh Ketua Polis Negara Fuzi Harun telah diumumkan. Surat tersebut terdapat senarai 348 nama Pegawai Polis yang akan dinaikkan pangkat pada suatu tarikh yang ditetapkan dan segala kenaikan pangkat ini dikatakan telahpun dipersetujui/diperakui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelantikan dan Kenaikan Pangkat (KJKL) Suruhanjaya Polis yang telah bersidang pada 14hb Januari 2019.

Apa yang menimbulkan kemusykilan ialah terdapat nama yang berulang iaitu pada bilangan yang ke 215 dan 243. Nama Pegawai tersebut adalah “Md Hafiz B Md Yasin” dari IPD Hilir Perak.

Mungkin pada pandangan kasar, ramai yang berpendapat ianya adalah kesilapan cetakan atau kesilapan teknikal? Tetapi jika diteliti secara mendalam, terdapat kemungkinan boleh berlaku satu “nama baru” akan “diselit” menggantikan nama berulang tersebut. Logik bukan?

Jika ini berlaku, sudah tentu “nama baru” yang akan masuk nanti adalah “somebody” atau “calon pilihan” yang akan ditentukan kemudian.

Persoalannya, siapakah yang akan memilih “calon pilihan” itu nanti? Bukan mahu menuduh Ketua Polis Negara, tetapi selaku individu yang menandatangani surat ini beliau harus bertanggungjawab dan membuat penjelasan sebelum rakyat mula meragui ketelusan proses kenaikan pangkat dalam PDRM. Isu ini bukan hanya menjadi tanda tanya di kalangan orang luar, malahan di kalangan anggota PDRM sendiri mereka begitu prejudis terhadap isu ini.

Tan Sri Fuzi Harun juga seharusnya lebih teliti sebelum menandatangani sebarang surat kerana beliau adalah Ketua Polis Negara bukan Pembantu Pejabat atau Kerani Am. Jika perkara kecil sebegini boleh “terlepas pandang”, macam mana mahu cari Jho Low dan suami Indira Gandhi?

Selain isu nama berulang ini, juga dilaporkan proses temuduga calon juga begitu caca merba. Calon yang sememangnya layak dinafikan hak kenaikan pangkat hanya kerana beliau bukan calon pilihan dan calon “anak emas” pula dinaikkan pangkat walaupun tidak “perform” dalam tugasnya?

Jika proses temuduga dijalankan dengan telus dan hanya 348 pegawai dipilih untuk dinaikkan pangkat, bagaimana boleh ada nama berulang? Nama siapa yang sepatutnya berada di bilangan 215 atau 243?

Disebabkan proses kenaikan pangkat ini begitu caca merba, adalah dengan ini disarankan SPRM segera “masuk” untuk mencari sekiranya ada isu penyalahgunaan kuasa atau rasuah sepanjang proses ini berlangsung.

Fight Injustice Everywhere”

Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan

2 thoughts on “PROSES KENAIKAN PANGKAT PDRM BEGITU CACA MERBA DAN MENGUNDANG 1001 PERSOALAN

  1. Apart from what I see here it is also a know fact that most high level officers are given fast promotions before they retire. This is to ensure they get a higher pension. Some of such promotions are not merit but more on connections. There was some WA msgs from the rank file on this. You can also see how someone gets a promotion and will be posted as a CPO or OCPD or direction and within a month they will retire. This is wasteful and not done on performance. What can a one year posting as CPO can do. They will not rock the boat to improve performance and reduc crime. We should emulate the SIngapore Police where young and well qualified senior officers are promoted to TOP posts and they normally have another five or ten years service before retire. These officers will aspire to perform. In Malaysia for all senior officers’ promotion there is a price. The crime rate and fear of crime will remain if this is not stopped by the PH administration.

Leave a Reply