REPOT POLIS KES PENIPUAN OLEH “SCAMMER” BERNAMA “DATO PADUKA DR ESWARAN”

Seorang lelaki yang dikenali sebagai “Dato Paduka Dr Eswaran” telah menemui seorang Ahli Perniagaan (mangsa) pada Oktober 2018 lalu memohon untuk mendapatkan beberapa produk milik syarikat Ahli Perniagaan tersebut untuk dijual.

Dato Eswaran telah mengambil sebanyak 299 unit produk yang dianggarkan bernilai hampir RM27,000 dan berjanji akan membuat pembayaran pada keesokan harinya.

Keesokan harinya, bayaran masih belum dibuat tetapi atas budi bicara, mangsa menangguhkan hasrat untuk mendesak Dato Eswaran membuat bayaran segera. Namun dari bulan ke bulan bayaran masih gagal dibuat dan beliau memberikan 1001 alasan yang tidak munasabah.

Lantas mangsa menyelidiki latar belakang Dato Eswaran dan mendapati beliau hanyalah seorang “scammer” yang dipercayai telah menipu beberapa individu lain. Malah gelaran Dato yang digunakannya juga dipercayai adalah palsu semata-mata bagi mendapatkan kepercayaan seseorang.

Mangsa telah membuat laporan polis supaya tiada lagi insan yang akan teraniaya akan perbuatan Dato Dr Eswaran selepas ini dan supaya beliau mendapat balasan atas penipuan yang beliau lakukan.

“Fight Injustice Everywhere”

Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan

Leave a Reply