RISIKO SEORANG WHISTLEBLOWER

Apabila saya membuat sesuatu pendedahan, akan ada suara sumbang yang menuduh saya gilakan publisiti murahan. Walhal mereka tidak tahu bahawa seorang “whistleblower” tidak akan sewenang-wenangnya membongkar sesuatu isu kerana risikonya besar dan jika tersilap langkah pasti dihumban ke “gerigi besi”.

Apatah lagi isu yang dibongkarkan itu berkaitan dengan individu berpengaruh atau “somebody” dalam negara.

Sekitar tahun 2014 saya telah membuat pendedahan mengenai kekayaan luar biasa anak kepada seorang Pegawai Tinggi Polis. Individu tersebut adalah anak kepada Ketua Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.

Selepas pendedahan tersebut dibuat Datuk Hamza mengeluarkan kenyataan bahawa saya ini seorang yang mahukan publisiti murahan. Tetapi beliau gagal menjelaskan bagaimana anaknya yang baru berusia awal 30-an boleh menjadi begitu kaya hingga mampu memakai pelbagai kereta mewah dan transaksi duit ratusan ribu dalam akaun banknya.

Selepas pendedahan itu, saya sering diganggu dan diugut oleh individu yang tidak dikenali. Kenderaan diekori, ugutan bunuh melalui panggilan telefon, rumah diawasi, dan pelbagai lagi gangguan diterima supaya saya menutup mulut.

Saya turut disiasat polis berkaitan pendedahan tersebut sehinggalah pada 2016 saya ditahan kerana dituduh memeras ugut anak Datuk Hamza tersebut. Selepas perbicaraan hampir 2 tahun, akhirnya pada 2018 saya dibuktikan tidak bersalah dan dilepaskan dari pertuduhan.

Kebenaran terserlah bilamana pada 27hb Januari 2017 anak Datuk Hamza dijatuhi hukuman denda RM200,000 atau 6 bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Jika saya seorang yang gilakan publisiti pasti saya tidak akan berani mendedahkan maklumat yang tiada bukti yang kukuh apatah lagi perlu “bersilat” dengan seorang anak kepada Ketua Polis Negeri.

Fight Injustice Everywhere

Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan

Leave a Reply