SELEPAS SAYA MENDEDAHKAN “KEKAYAAN LUARBIASA” ANAK BEKAS KETUA POLIS SABAH

Selepas menang kes di Mahkamah Tinggi KL

Akhirnya penat lelah selamat 4 tahun turun dan naik mahkamah dalam menghadiri perbicaraan melawan anak bekas Pesuruhjaya Polis Sabah, Azhan Hamza terbayar jua.

Kemenangan di Mahkamah Tinggi pada 4/5/2019 baru-baru ini merupakan kemenangan kedua kalinya kerana sebelum itu pada 3/5/2018 saya sudah memenangi kes ini di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. DPP membuat rayuan dan kes dibicarakan semula di Mahkamah Tinggi dan akhirnya kemenangan berpihak kepada pihak yang benar.

Kes ini hanyalah satu cubaan untuk melakukan pembunuhan karektor terhadap saya selepas saya mendedahkan satu demi satu salahlaku dan korupsi.

“Perang” antara Azhan Hamza dan saya bermula apabila saya mempersoalkan kekayaan luar biasa yang dimilikinya. Saya mempersoalkan adakah kekayaan yang dimilikinya kerana beliau pandai berniaga atau melalui jalan yang tidak sah disebabkan beliau “berbinkan” seorang Datuk yang berjawatan Pesuruhjaya Polis Sabah ketika itu.

Untuk rekod, saya mempersoalkan beberapa kereta mewah yang dimiliki oleh Azhan yang ketika itu berusia 30 tahun tetapi mampu memiliki Jaguar dan Audi. Yang mana nilai kedua kereta itu sahaja hampir RM1 juta.

Saya turut mempersoalkan mengenai konflik kepentingan bilamana Azhan menjalankan perniagaan senjata api di Sabah sedangkan bapanya merupakan orang nombor 1 PDRM Sabah.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan peguam dan semua yang menyokong dari awal kes ini dibicarakan dan kemenangan ini saya hadiahkan buat semua.

Fight Injustice Everywhere

Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan

Leave a Reply