TAMAT SUDAH TEKA-TEKI RAKYAT MALAYSIA ISU VIDEO SEKS

Susulan kenyataan daripada Ketua Polis Negara bahawa hasil pengecaman wajah dalam video intim Haziq tidak dapat dikaitkan dengan Datuk Seri Azmin Ali bermakna tamatlah segala teka-teki rakyat Malaysia selama ini.

Kenyataan tersebut telah membersihkan nama DSAA dari segala fitnah negatif dan kini PDRM boleh menumpukan siasatan kepada siapa dalang yang membikin dan mengedarkan video fitnah ini bagi membunuh karier politik DSAA.

Dalang video ini harus dihukum dengan hukuman yang setimpal kerana fitnah yang dilakukan ini telah membangkitkan kegusaran masyarakat tambahan lagi ia amat mengaibkan pemimpin negara.

Rakyat Malaysia juga harus mengutuk sekerasnya dalang video ini kerana setelah lebih 20 tahun sudah tentu kita sudah muak dihidangkan politik jijik seperti ini. Sesungguhnya politik fitnah, jijik dan londeh-melondeh tidak ada tempat di negara kita Malaysia.

Fight Injustice Everywhere

Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan

Leave a Reply