TIDAK BERLAKU KEKECOHAN DI KUIL SEAFIELD JIKA PDRM TANGKAP “MASTERMIND” LEBIH AWAL

Pihak polis dari IPD Klang Selatan telah menahan seorang lelaki di Terminal 2 KLIA kerana dipercayai suspek adalah orang yang menerima RM150,000 dari pihak peguam untuk menimbulkan kekacauan di Kuil Sri Mariamman Seafield di USJ tempoh hari.

Suspek yang dikenali sebagai Bob Pulse dikatakan telah memberikan sebanyak RM50,000 kepada pihak ketiga untuk mengawal dan menimbulkan huru-hara sekitar kuil pada 26/11/2018 lalu.

Suspek dipercayai seorang Ketua Geng 36 Melayu di Bukit Bintang dan kerjanya adalah menjalankan aktiviti melindungi Pusat Hiburan dengan memyediakan kawalan keselamatan serta menjaga parkir haram sekitar ibu kota.

Mesej viral di media sosial turut menunjukkan bahawa suspek mempunyai 3 rekod jenayah lampau.

Persoalan kepada PDRM adalah, jika sudah mengetahui suspek ini merupakan Ketua Kongsi Gelap dan menjalankan aktiviti memberi perlindungan kepada pusat hiburan serta menjaga parkir haram di ibu kota, kenapa tidak ditangkap sejak awal lagi?

Suspek yang dikatakan terlibat aktiviti kongsi gelap sebegini tidak pula diekori tapi saya yang mendedahkan kegiatan rasuah dan jenayah dikalangan pegawai-pegawai PDRM dijadikan sasaran dan anggota D8 Bukit Aman boleh berada dihadapan rumah saya.

Ada ke IGP Fuzi Harun minta D8 Bukit Aman untuk ekori pegawai-pegawai seperti ACP Ibrahim Darus dan ASP Suhaimi yang ditangkap SPRM dengan ratusan ribu ringgit?

“Fight Injustice Everywhere”

Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan

Leave a Reply