ZAKIR NAIK TETAMU TAK DIUNDANG YANG TIDAK MENGHORMATI TUAN RUMAH

Zakir Naik Wanted Person in India

Kenyataan Zakir Naik bahawa masyarakat India di Malaysia lebih setia kepada PM India, Modi dari Tun Mahathir dan masyarakat Cina perlu pulang ke China sebelum meminta beliau pulang adalah satu kenyataan yang merendah-rendahkan kesetiaan warganegara Malaysia dan memecahbelahkan hubungan kaum di negara kita.

Sebagai seorang tetamu yang diberi perlindungan tidak seharusnya Zakir Naik masuk ke bilik dan tidur di katil milik tuan rumah yang ditumpanginya. Beginilah perumpamaan yang sesuai mengenai sikap Zakir Naik dewasa ini.

Zakir Naik selaku tetamu harus sedar diri siapalah dia untuk mempersoalkan kontrak sosial yang sudah lama “mengikat” perpaduan rakyat Malaysia sejak dari merdeka hingga kini.

Jika Zakir Naik tidak sedar, mari kita ingatkan beliau bahawa kenyataan beliau ini secara langsung dituju tepat kepada anak didiknya Zamri Vinoth dan Firdaus Wong. Adakah Zamri Vinoth lebih setia kepada Modi? Mahukah Firdaus Wong pulang semula ke China?

Suka atau tidak suka, apabila tetamu telah “lebih sudu dari kuah” maka jalan terbaik adalah menyuruhnya mencari rumah lain. Jika tidak, pasti akan timbul perasaan benci-membenci dan hilang keharmonian di kalangan penghuni rumah tersebut.

Fight Injustice Everywhere

Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan

Leave a Reply