ZAMRI VINOTH SEORANG PENUNGGANG AGAMA YANG BERSELINDUNG DISEBALIK JUBAH?

Insiden seorang Pendakwah Bebas bernama Zamri Vinoth menghina agama Hindu dalam suatu ceramahnya baru-baru ini merupakan suatu perbuatan yang harus dikutuk terutamanya di dalam negara yang berbilang bangsa dan agama di Malaysia.

Sebagai seorang pendakwah bebas seharusnya dia mempelajari disiplin ilmu dakwah yang sebenarnya seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad. Nabi sendiri mendidik penganutnya menghormati kepercayaan dan agama seseorang.

Malah di dalam sirah ketika sedang berperang, Nabi telah berpesan agar jangan sesekali merosakkan rumah ibadat mana-mana agama dan jangan sesekali mencederakan musuh jika mereka berlindung di dalam rumah ibadat.

Tindakan Zamri Vinoth jelas sekali tidak berpandukan kepada ajaran Islam yang sebenar. Perbuatan ini jika dibiarkan sudah pasti akan mencetuskan “api” pergaduhan bilamana penganut Hindu akan membalasnya dengan menghina agama Islam. Mahukah Zamri Vinoth jika ini berlaku di dalam negara Malaysia tercinta ini? Jika tidak mahu mengapa tidak berfikir ketika memulakannya?

Pada 4/8/2013 satu laporan polis telah dibuat oleh isterinya sendiri yang melaporkan bahawa beliau telah dipukul dan ditendang oleh Zamri Vinoth. Tidak cukup dengan itu, Zamri Vinoth telah memukul kepala isterinya dengan batu sungai (hiasan di rumah).

Kemudian pada 9/3/2018 seorang perempuan mualaf yang juga anak didik Zamri Vinoth telah membuat laporan polis mendakwa beliau telah DIROGOL oleh Zamri Vinoth selepas mengikutnya pulang ke rumah.

Kedua perbuatan Zamri Vinoth ini jelas tiada langsung ciri-ciri seorang pendakwah tetapi lebih mirip kepada Abu Jahal di zaman dahulu kala.

Fight Injustice Everywhere

Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan

Leave a Reply